loading
Jangan Risau Jika Anda Alami Masalah Kekurangan Zat Besi Atau Anemia

Tahukah anda jika anda mengalami masalah anemia, tubuh akan sukar untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan?

Anemia boleh menyebabkan simptom seperti pening kepala, badan cepat letih dan kulit kelihatan pucat.

Zat besi merupakan mineral yang penting dalam membantu penghasilan hemoglobin; protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Anda digalakkan mengambil suplemen seperti Ferrovit untuk masalah anemia.

Mengenai Ferrovit

Individu dewasa dengan masalah anemia digalakkan untuk mengambil suplemen Ferrovit yang mengandungi ferrous fumarate, asid folik dan vitamin B12. Berita baiknya ialah Ferrovit mempunyai zat besi seperti yang disebut di atas.

Ferrovit merupakan ubat untuk dewasa yang selamat digunakan sebagai rawatan untuk orang dewasa yang mengalami anemia dan wanita hamil.

Apakah Kandungan Di Dalam Ferrovit

Ubat tambah darah Ferrovit mengandungi:

ferrovit-web-homepage-img02-fe

Ferrous Fumarate

(162mg)

Komponen penting bagi penghasilan hemoglobin.

ferrovit-web-homepage-img02-b9

Asid Folik

(0.75mg)

Asid Folik memainkan peranan penting dalam pembentukan darah dan penghasilan sel darah merah.  Ibu hamil yang menghadapi masalah anemia digalakkan untuk mengambil asid folik bagi membantu penghasilan sel darah merah.

ferrovit-web-homepage-img02-b12

Vitamin B12 / Cobalamin

(7.5mg)

Vitamin B12 ialah vitamin larut air yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.

Ferrovit-packshot2
Saiz Pek

5 x 10 kapsul

Bagaimanakah Ferrovit Membantu Masalah Anemia?

Ferrovit mengandungi Ferrous Fumarate yang selamat digunakan untuk rawatan masalah anemia. Seperti yang diterangkan di atas, Ferrous Fumarate merupakan komponen penting bagi penghasilan hemoglobin.

Vitamin B12 dan asid folik di dalam Ferrovit pula memainkan peranan penting dalam pembentukan darah.

Siapakah Yang Digalakkan Untuk Mengambil Ferrovit?

Antara individu yang digalakkan untuk mengambil Ferrovit ini adalah:

  • Wanita dengan masalah pengaliran darah haid berlebihan
  • Individu dengan masalah anemia
  • Wanita hamil yang mengalami anemia
  • Pesakit anemia
 

Adakah Ferrovit Untuk Dewasa Ini Boleh Membantu Mengatasi Masalah Keletihan Yang Sering Dihadapi Oleh Individu Yang Disebabkan Oleh Anemia?

Ya, Ferrovit boleh membantu meningkatkan penghasilan hemoglobin di dalam darah.

Adakah Ferrovit Selamat Untuk Diambil Oleh Ibu Hamil?

Ya, Ferrovit sesuai diambil oleh ibu hamil. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila dapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Adakah Ferrovit Untuk Dewasa Ini Boleh Diambil Bersama-sama Dengan Vitamin Lain?

Sila dapatkan nasihat daripada doktor pakar anda.

Berapakah Dos Yang Disarankan?

Satu kapsul 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disarankan.

Apakah Ciri-Ciri Ferrovit?

  • Pembungkusan individu untuk pengendalian yang mudah dan mencegah pengoksidaan
  • Kapsul lembut dan mudah ditelan
 

Bagaimanakah Cara Penyimpanan Ferrovit?

Anda disarankan untuk menyimpan ubat ini di kawasan kering dan berjauhan daripada matahari. Pastikan ianya disimpan jauh daripada kanak-kanak.